Semua nak rasa disayangi. "Bestnya ada awek/pakwe" Ye lah best ada orang care. Tapi bahagia tu kejap je. Entahlah. Sebab semua orang akan ada satu masa they will come to a realization that no one in this world could fill the void inside them let alone a lover. Fokus sayang diri and hargai diri dulu. Nanti yang kemudian datang menyusul. Kalau bukan di dunia di akhirat :)
Dalam gelap kamu suluh cahaya di mana sumbernya datang daripada serpihan diri kamu yang berkecai. Dalam diam aku intai setiap peluang dan ruang yang ada bagi mendekatkan diri dalam keterpaksaan mengukir senyum ketika melihat kamu. Dalam hati hanya pencipta sekalian alam yang tahu yang aku sering hadapkan ketika minda kusut dengan soalan. Bermula sudah. Akhirnya? Tiada siapa yang tahu. Kerana penyudahnya apa yang pasti; Semua berbalik juga kepada DIA. -Ethimus- 22 Sept 2017