Semua nak rasa disayangi. "Bestnya ada awek/pakwe" Ye lah best ada orang care. Tapi bahagia tu kejap je. Entahlah. Sebab semua orang akan ada satu masa they will come to a realization that no one in this world could fill the void inside them let alone a lover. Fokus sayang diri and hargai diri dulu. Nanti yang kemudian datang menyusul. Kalau bukan di dunia di akhirat :)
Setelah bertahun menyimpan rasa, Harini ini dia muncul kembali. Perasaan yang sukar digambarkan. Marah bercampur rindu. Kadang kala dendam dan benci menguasai akal waras seorang aku. 2 tahun yang penuh penyeksaan. Terima kasih atas pengajaran ini. Mohon teruskan berjalan berlalu pergi. Kerana untuk meratap merayu aku sudah tak punya daya..
Satu benda yang aku belajar sepanjang aku hidup adalah-- Never trade your feelings with someone else's happiness. Kawan ke lawan ke even lover pun. Kau sanggup tolong orang tapi tak semestinya nanti dia akan tolong kau balik. Kau tak payah nangis-nangis macam orang bodoh untuk orang yang tak pernah kisah pasal kau pun sebab dia still boleh hidup bahagia. Kau? Kau derita. Baik kawan. Baik kekasih. Dua-dua sama. Dahulukan diri, dahulukan keluarga. Yang lain akan datang kemudian. Percayalah. Orang-orang bangsat yang buat kau sedih ni akan merangkak cari kau balik. Sebab apa? Sebab they failed to replace a diamond.